KELAS ICT- Publisher
20 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19/02/2024, Pihak NaDi Piasau Utara telah mengadakan kelas ICT Bersama pelajar sekolah iaitu cara asas menghasilkan penerbitan menggunakan Microsoft publisher. Kelas diadakan pada 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Kelas ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan publisher dimana ianya merupakan perisian penerbitan meja yang dihasilkan oleh Microsoft. Ia boleh digunakan untuk menghasilkan bahan penerbitan yang baik dengan pilihan rekaan yang pelbagai, contohnya termasuklah risalah, kad ucapan, katalog, buletin dan sebagainya.
Microsoft Publisher sering dianggap sebagai perisian permulaan, ia boleh memberikan kawalan unsur laman yang lebih bagus berbanding Microsoft Word. Dengan adanya kelas ini, para pelajar dapat meningkatkan lagi ilmu mereka dalam membuat kerja sekolah yang diarahkan oleh guru-guru mereka disekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: